Saturday 23 July 2011

Ku menunggu Kasih seorang ayah

Bismillahhirahmanirrahim..dengan kalimah yg mulia,diri ini mampu untuk menulis semula...walau kesedihan sering melanda kita,yakinlah bahawa setiap perkara itu adlah ketentuan dan takdir Allah. walaupun bibir mudah utk berbicara,namun kata hati tdk akn menipu..Teringat akan satu kisah dimana  pesanan Rasulullah
solallahu alaihi wassalam kpd muadz saat dia bersedih

** Janganlah bersedih, karena sesungguhnya bersedih itu datangnya dari syaitan. ** bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada,
** ikutilah keburukan dengan kebaikan
maka kebaikan akan menghapuskannya
** berakhlaklah kepada orang lain dengan akhlak yang baik.

Tidak tahu mengapa baru aku sedari bahawa kehadiran seorang ayah dalam hidup adalah memenuhi separuh jiwaku,kerana aku tidak mengerti ksh syg seorang ayah,aku tdk pernah mndptkanya..bagikan hidup ini terlalu sunyi seperti hidup terus menerus dlm kegelapan,benar kata-kata Dr Fadzilah Kamsah bahwa seseorang yang kehilangan ayah atau ditinggalkan ayah akan merasakan rendah diri dalam hidup,mungkin itu membuatkan aku terus dlm keadaan terlalu mudah untuk merendahkan diri pada siap pun,aku jadi takut dan aku jadi tdk percaya pada diri sendiri,hilangnya semangat dan bermcm2 perasan melanda diri ini..semakin lama dan semakin lama aku berfikir mengapa aku perlu mengeluh dgn semua ini sedangkan Allah menjadikan hamba2nya begitu hebat untuk khalifah dimuka bumi dan  menyeru kearah kebaikkan  mencegah kemungkaran ..aku selalu memohon kepada Allah,jika engkau memberi ujian ini utk menguji keimanan kpdmu dan sbg tanda ksh sygMu  dan menghakis dosa-dosaku maka aku redha dgn takdir ini ya Allah.Cukuplah engkau sbg tmpat aku aku berlindug dan memohon pertolongan...semenjak dari hari itu,aku merasai akan kehidupan yg lebih brsmgt dan sempurna,hatiku penuh dgn ketenangan bagaikan chya menyinari hatiku membisikkan haruman rindu kepada Ilahi...seperti kata-kata Dr HM Tuah,hiduplah ibarat lilin,iatu menyinari yg lain,hiduplah untuk member sebanyak-banyak bukan menerima sebanyk-banyaknya.

Sekarang sudah genap 5 tahun arwah nenekku meninggalkan aku,tatkala aku amat merinduinya dan memerlukannya..dia bagikan sosok seorang ibu,kerna telah menjga aku sejak kecil..perginya tanpa aku melihat pemergiannya  adlah satu perkara yg amat menytakitkan,hingga ada bunyi2 bisikan mengatakan aku tidak menjaga dan tidak  ada disaat nenek aku ingin pergi..bagaikan runtuhnya  hati dan kecewanya hati ini hanya Allah yg tahu,,sedangkan aku tdk tahu apa2,kerna pd waktu itu aku ada urusan diluar..disaat aku mendgrkan pmrginnya aku jadi tdk tentu hala dan terkejut..namun hal itu sudah lama berlaku..dan keadaan sekarang sudah stabil seprti sedia kala..aku semakin tenang dan tabah akan semua ujian ini;kerana Allah sentiasa ada menghiasi sinar-sinar hidupku..

Hidup Bagaikan sinar kembali…

Tidak tahu mengapa diriku dicipta untuk mendapat perhatian orang lain..sungguh aku bersyukur kepada Allah,setelah penderitaan melanda diri menahan kesakitan dek dahaga kasih seorang ayah..Allah hadirkanku dgn ramainya  keluarga angkat..kegembiraan dan kebahgian menyeri didalam jiwa bagaikan bunga yang layu kembali mekar memberi aroma bahgia pada kumbang-kumbang untuk kembali..

Masuk ja tahun ni,ada empat keluarga angkat…hehe2,ramai kan…pegi Taman Negara dan kuala Pilah panggil ibu,pg Temerloh dan Batu Kikir  panggil umi,pg Kuala Lumpur panggil Mak…terlalu banyak berbeza namun tetap yg sama..
Ayah yang ana paling  sayang Ustaz Kamaruzzaman Jaafar (pengetua SMADHM) dan Mohd Zulkarnaian..mereka sangat baik,selalu memberi kata-kata semanagt pada ana..sejak mengenali mereka barulah hamba Allah yg kerdil ini mampu menyebut ayah..walaupun pada awalnya amat sukar menyebut,lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan..ape2 pun setiap  kasih sayang manusia itu adlah datangnya dari Allah,betapa Allah sayang kepada hamba-hambanya,dan yg paling penting jgn lupa untuk bersyukur dan menerima seadanya walaupun keperitan membelenggu jiwa,kerana sinar bhgia itu ada,namun ia tidak datang bergolek kerana perlukan kesabaran dan kesyukuran…

Sebelum menutup risalah ini kuingin rungkai secebis kata-kata

Hadirmu Tanpa aku sedari,bagaikan cahaya menyinari jiwa yang sunyi
Menusuk qalbuku dengan sentuhan kasih sayangmu,membuat aku terus dan terus bertahta dihatimu wahai ayah..
Kau mencintaiku seperti bunga menyintai Titah TuhanNya,tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala.kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah TuhanNya,tak pernah lelah membagi cerah cahaya,tak pernah lelah menghangatkan jiwa…


Waallahhualam…





0 comments:

Post a Comment