Wednesday 13 March 2013

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!



Assalamualaikum..dah lama tak update blog..alhamdulillah dengan izin Allah,mampu meluangkan masa untuk berkongsi pelbagai ilmu dan maklumat.Hari ni nak cerita pasal kelebihan bekerja dengan sektor awam.

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=nurbalqis

Monday 8 October 2012

Tuesday 20 December 2011

SUAMIKU....

‎~~ 10 Sifat Calon Suami Yang Soleh ~~


Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri.
wahai Uhty Fillah carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat seperti ini.......Senang nyeee...bila mendapatkaNya......selalu Terukir Senyuman...

Dan Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

~~ Kuat amalan agamanya.... Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan...

~~ Akhlaknya baik, Dia seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Bertutur kata Degan sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

~~ Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan Martabat dan PribadiNya..

~~ Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

~~ Tidak boros, tetapi tidak juga peli....He hee.... Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

~~ Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

~~ Pergaulan yang terbatas,,,Bkn Berarti Kuper....Ya Tidak....???..... tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

~~ Mempunyai rekan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama....

~~ Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya....Pasti Dia Seorang Yang Sholeh.....Mantafff kan....??

~~ Wajah yang tenang, tidak kira semasa berbicara atau membuat Pekerjaan atau masa kecemasan...

~~ Jika berhadapan dengan masalah, janganlah mudah melatah dan cepat marah kerana syaitan tidak suka manusia dengan kesabarannya. Maka cobalah untuk bersabar dan terus bersabar, INSYAALLAH akan diberi ketenangan.

~~ Selalu menCoba untuk mendengar alasan dan teguran, mana tahu di sebaliknya itu terdapat kebenaran dan sebagai panduan diri untuk membaiki diri menjadi lebih baik...

Tiada nasihat Dan Pesan lain yang mampu diberikan kepada Uhty fillah selain daripada sabda Rasulullah......Walaupun hadis ini ditujukan kepada Para Ikhwan..tetapi percayalah,hadis ini juga berguna Untuk Para Uhty Fillah

Rasulullah bersabda yang mafhumnya,kahwinlah seseorang disebabkan keturunan,wajah,harta dan agamanya,yang paling baik ialah AGAMAnya.

Hanya orang Yg Beragama saja faham hak-hak Seorang Ahwat,,,maka PILIHlah yang berAGAMA dan PILIHlah yang MENERIMA anda seadanya,bukan kerana keturunan anda,bukan kerana harta anda,bukan kerana wajah anda,tapi KERANA ANDA ADALAH Diri sendiri...Sebagai Seorang Hamba Allah..

...Salam Santun Senyum Manis...Semoga BermanFaat...
...Uhibuki Fillah...

Friday 11 November 2011

Pilih Lelaki Yang Beragama

Jadilah suami yang soleh untuk kebahagian yang berpanjangan dunia n akhirat..tuntutlah ilmu,tambahlah ilmu...Mg engkau menjadi pendampingku untuk membimbingku ke jalan Allah..
                             
                                           
 

Saat Lafaz Sakinah

BUAT BAKAL SUAMIKU
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula


Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku


Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Wednesday 9 November 2011

Buat Bakal Suamiku..=)

Buat Bakal Suamiku

KETIKA CINTA


Bertasbihlah cinta terukir dihatiku
Seindah samudera senja berkilau membentang
Cinta yang sejati yang tersandar dihati
Berlabuh menepi satukan kerna illahi
Malam penuh doa penawar rindu kasih
Munajat Maha cinta diatas cinta
Jika memang takdir cinta pasti bertemu
Meski kau dan aku berada dihujung dunia
Ketika cinta bertasbih bagai cahaya tak bertepi
anugerah terindah itu yang ku impikan
Harapan ku tambatkan disetiap sujud malamku
Tuhan bimbing cintaku, cinta kerna illahi