Wednesday 10 August 2011

.♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥





~ Wahai Adam Yang Akan Bertahta Di Hatiku Sebagai Calon Imamku~

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)

¸.ღღ Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza ღღ

Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

"Allahumma baariklanaa di Rajab wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan",Semoga Allah memberkahi kehidupan kita dibulan-bulan ini untuk berjumpa Ramadhan,Dengan segenap kesiapan ruhiyah, fikriyah,jasadiyah,maliyah dan satukan barisan raih takwa & sambut kemenangan dakwah, Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamakum.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..

Adakah engkau sanggup jika setiap insan & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..

Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..

Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..

Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…

Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.

Wednesday 3 August 2011

sepanjang hidup



Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi




Tuesday 2 August 2011

Suami yang soleh



  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
  7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
                                          
                                                    

Monday 1 August 2011

Love

ya Allah,andainya dia adalah jodoh yg ttapkan olehMu kpdaku,maka,campakkanlah ke dlam hatiku,cinta kpdanya adlah keranaMu & campakkanlah kedlam hatinya,cinta kpdaku adlah kranaMu,,nmun, andainya dia bkanlah jodoh yg ditetapkan olehMu kpdaku,brikan lah aku k'kuatan agar pasrah dlam mengharungi ujian,yg Kau brikan kpdaku yaAllah,hnya pdMu aku pnjatkn rntihan & hrapan..kurniaknlah aku pilihan t'baik..aminn Ya Rabb (-_-)