Tuesday 20 December 2011

SUAMIKU....

‎~~ 10 Sifat Calon Suami Yang Soleh ~~


Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri.
wahai Uhty Fillah carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat seperti ini.......Senang nyeee...bila mendapatkaNya......selalu Terukir Senyuman...

Dan Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

~~ Kuat amalan agamanya.... Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan...

~~ Akhlaknya baik, Dia seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Bertutur kata Degan sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

~~ Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan Martabat dan PribadiNya..

~~ Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

~~ Tidak boros, tetapi tidak juga peli....He hee.... Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

~~ Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

~~ Pergaulan yang terbatas,,,Bkn Berarti Kuper....Ya Tidak....???..... tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

~~ Mempunyai rekan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama....

~~ Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya....Pasti Dia Seorang Yang Sholeh.....Mantafff kan....??

~~ Wajah yang tenang, tidak kira semasa berbicara atau membuat Pekerjaan atau masa kecemasan...

~~ Jika berhadapan dengan masalah, janganlah mudah melatah dan cepat marah kerana syaitan tidak suka manusia dengan kesabarannya. Maka cobalah untuk bersabar dan terus bersabar, INSYAALLAH akan diberi ketenangan.

~~ Selalu menCoba untuk mendengar alasan dan teguran, mana tahu di sebaliknya itu terdapat kebenaran dan sebagai panduan diri untuk membaiki diri menjadi lebih baik...

Tiada nasihat Dan Pesan lain yang mampu diberikan kepada Uhty fillah selain daripada sabda Rasulullah......Walaupun hadis ini ditujukan kepada Para Ikhwan..tetapi percayalah,hadis ini juga berguna Untuk Para Uhty Fillah

Rasulullah bersabda yang mafhumnya,kahwinlah seseorang disebabkan keturunan,wajah,harta dan agamanya,yang paling baik ialah AGAMAnya.

Hanya orang Yg Beragama saja faham hak-hak Seorang Ahwat,,,maka PILIHlah yang berAGAMA dan PILIHlah yang MENERIMA anda seadanya,bukan kerana keturunan anda,bukan kerana harta anda,bukan kerana wajah anda,tapi KERANA ANDA ADALAH Diri sendiri...Sebagai Seorang Hamba Allah..

...Salam Santun Senyum Manis...Semoga BermanFaat...
...Uhibuki Fillah...

Friday 11 November 2011

Pilih Lelaki Yang Beragama

Jadilah suami yang soleh untuk kebahagian yang berpanjangan dunia n akhirat..tuntutlah ilmu,tambahlah ilmu...Mg engkau menjadi pendampingku untuk membimbingku ke jalan Allah..
                             
                                           
 

Saat Lafaz Sakinah

BUAT BAKAL SUAMIKU
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula


Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Chorus

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku


Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Wednesday 9 November 2011

Buat Bakal Suamiku..=)

Buat Bakal Suamiku

KETIKA CINTA


Bertasbihlah cinta terukir dihatiku
Seindah samudera senja berkilau membentang
Cinta yang sejati yang tersandar dihati
Berlabuh menepi satukan kerna illahi
Malam penuh doa penawar rindu kasih
Munajat Maha cinta diatas cinta
Jika memang takdir cinta pasti bertemu
Meski kau dan aku berada dihujung dunia
Ketika cinta bertasbih bagai cahaya tak bertepi
anugerah terindah itu yang ku impikan
Harapan ku tambatkan disetiap sujud malamku
Tuhan bimbing cintaku, cinta kerna illahi

wanita itu cemburu dan lemah hatinya

Buat Bakal Suamiku
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang melimpahkan pelbagai perasaan didalam hati hamba-hambanya ..bukan sahaja manusia dilahirkan untuk cemburu sesama manusia..Allah juga cemburu  pada hambanya yang lalai  dalam mengingatiNya..ana tidak tahu mengapa hati ini merasakan cemburu,hingga hati bagaikan membakar  dijiwa..susah untuk membiarkan dia pergi..perasaan sedih,kegelisahan,keresahan, terharu dan kerisauan hanya Allah yang tahu..ya Allah aku mohon lindung dari perasaan ini..kerana aku takut ia akan memakan diriku sendiri dek kerana perasaan cemburu ini..ya Allah bagaimana aku ingin meneruskan kehidupan ini jika engkau tiada disampingku..terima kasih ya Allah engkau sentiasa memperingatkan aku dan mencintai aku..Mg engkau permudahkan segala-galanya untukku.aku tiada siapa2 melainkan engkau disisiku..engkaulah kekasih hatiku..walaupun aku tahu aku tidah layak untuk mengatakan begitu,kerna aku adalah hambamu yang lalai dan hina..
Wanita itu memang lembut hatinya, malah lebih lembut dari secebis kapas yang putih suci..dengan itu wahai kaum adam engkau jagalah hati wanita  itu, jangan engkau biarkan dia leka dengan kealpaannya..dia perlukan kamu malah hatimu untuk menyempurnakan separuh hidup dan jiwanya..wanita itu pelengkap bagi hidupmu,maka engkau jgnlah mengasari dia dalam sepanjang hidupmu..bersabarlah dek kerana kerenahnya yang manja dan lemah lembutnya.bersabarlah untuk segala kelemahannya..insyaallah pasti engkau akan menjumpai kebahgiaan disampingnya..
Wanita solehah itu tidak  meminta apa-apa melainkan kasih sayangmu dan didikanmu
Ajarilah mereka,lindungilah mereka dengan cinta Allah
Moga hati wanita itu tenang dalam cintamu..


Bukan mudah menjadi suami,
Harus bertanggungjawab terhadap keluarga, Ibu dan juga Isteri,
membahagiakan mereka berdua,
mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi suami,
Harus mendidik isteri dan anak-anak ke jalan ALLAH,
Memberi makan isteri dan anak-anak dari jalan yang halal,
Melayan isteri dengan sabar dan ikhlas,
Harus memimpin rumah tangga dengan kebijaksanaan dan penuh perasaan,

Bukan mudah menjadi suami,
Jangan bermimpi beristeri banyak,
Jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,
Apalagi di tambah dengan dua atau tiga,

Begitulah sang suami..

Fahamilah tanggungjawab anda, Wahai para Suami dan Calon Suami yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita, yang menjadi isteri anda.

Fahamilah amanah anda, yang diberikan oleh ALLAh kepada kita. Jagalah kami, para isteri dengan sebaik-baiknya.

“Ingatlah bahawa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya, dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.”


http://www.youtube.com/watch?v=0c3Q0vLhDKs&feature=share

Friday 23 September 2011

Doa isteri solehah






Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku....

Wednesday 10 August 2011

.♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥





~ Wahai Adam Yang Akan Bertahta Di Hatiku Sebagai Calon Imamku~

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)

¸.ღღ Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza ღღ

Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

"Allahumma baariklanaa di Rajab wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan",Semoga Allah memberkahi kehidupan kita dibulan-bulan ini untuk berjumpa Ramadhan,Dengan segenap kesiapan ruhiyah, fikriyah,jasadiyah,maliyah dan satukan barisan raih takwa & sambut kemenangan dakwah, Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamakum.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..

Adakah engkau sanggup jika setiap insan & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..

Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..

Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..

Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…

Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.

Wednesday 3 August 2011

sepanjang hidup



Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi




Tuesday 2 August 2011

Suami yang soleh



  1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
  2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
  4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
  7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
  12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
  13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
  15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
                                          
                                                    

Monday 1 August 2011

Love

ya Allah,andainya dia adalah jodoh yg ttapkan olehMu kpdaku,maka,campakkanlah ke dlam hatiku,cinta kpdanya adlah keranaMu & campakkanlah kedlam hatinya,cinta kpdaku adlah kranaMu,,nmun, andainya dia bkanlah jodoh yg ditetapkan olehMu kpdaku,brikan lah aku k'kuatan agar pasrah dlam mengharungi ujian,yg Kau brikan kpdaku yaAllah,hnya pdMu aku pnjatkn rntihan & hrapan..kurniaknlah aku pilihan t'baik..aminn Ya Rabb (-_-)
                                                        

Tuesday 26 July 2011

salahkah utk berpurdah/niqob?

Jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.
Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.


Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?
Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!



Pengajaran dari kisah Rasulallah

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.



2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3)Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."




4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"



6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."




8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.



9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.



11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.



13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


Sunday 24 July 2011

Ujian bukti ALLAH cinta

Pernah ada sahabat yang bertanya kepada Saidina Ali, "mengapa kamu menangis sedemikian rupa wahai Ali?". Jawab Ali dengan rembesan air matanya, "Aku tidak diuji Allah sudah lebih 3 hari. Aku sangat takut andai Allah telah meletak aku jauh..".
Astagfirullah...sungguh jauh bezanya hati ini.... Ya sungguh jauh...saat diri tidak diuji,hati menjadi sungguh gembira(cinta pada dunia), tapi memang benar,saat diri diuji,hati merintih lalu mengingati ALLAH yng Esa...
(Ya ALLAH sesungguhnya hati ini masih belum kuat,masih tersangat jauh dalam meraih keredaan MU...Bantulah diriku dan berilah peluang untuk diri ini mencari redha dan keampunanMU)...

Kisah Rasulullah dan Buah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahualam...

MujahidahLaila: Bukan mudah menyeru manusia kearah kebaikkan

MujahidahLaila: Bukan mudah menyeru manusia kearah kebaikkan

Bukan mudah menyeru manusia kearah kebaikkan

                    

Bismillahhirrahmanirrahim...
Bukan semua kebaikkan yg dibuat akan disukai orang,malah  mungkin lebih dibenci..ya Allah berilah aku kekuatan untuk menyambung amanahmu ini,dan beban dakwah Rasulallah ini. sungguh aku tidak kuat untuk semua ini..itulah rintihan ana  setiap masa,kadang-kadang kita cube utk istiqamah,tapi hati ini tetap tidak kuat..namun ana belajar utk cube bermuhasabah diri,selagi kita mudah putus asa,itulah jalan kemenangan bagi syaitan..bagi org yg tdk memahami kebaikkan kita sebagai pendakwah,mungkin menganggap kebaikkan itu adalah  dibuat-buat atau  ada sebab yg lain..
Wahai sahabat-sahabatku ...tanggungjawab kita besar dan berat,pikullah tanggungjawab ini sbg amanah dari Allah..
Dalam menyeru kebaikkan,memang tidak dpt lari dari memberi segala sesuatu dlm  penuh pengertian dan segala pengorbanan,bukan sahaja wang ringgit malah seluruh hati dan jiwa  yg perlu diberi untuk menerima seadanya smada kesakitan,kekecewaan dan  kbhgian..itulah persiapn hati untuk menerima  apa yg berlaku..mungkin kesilapan ana dlm memahami setiap org, perasaan yg berbeza-beza..bagi tindakan kita adlah terbaik,namun kemungkinan pendekatan kita utk menyampaikan dakwah adlah salah dan menyakitkan hati org lain..Ya Allah ampuni aku,tiada tmpat untuk aku mengadu melainkanMu..jadilah kesedihan ini sebagai pengubat untuk ana tabah Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk semua ini..tiada  kata  mampu diungkapkan lagi,melainkan hanya kesabaran dan syukur kepada Allah...isbiru wasobiru (bersabarlah,dan jadilah orng2 yg bersabar)..

Namun hatiku makin kuat dgn firman Allah ini:

3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.


3:114. Mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itulah orang-orang salih.

7:157. Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang keji, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang yang beruntung."

7:199. Maafkanlah, dan suruhlah apa yang baik, dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.

9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga had-had Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

22:41. Orang-orang yang, jika Kami meneguhkan mereka di bumi, melakukan solat, dan memberikan zakat, danmenyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; dan kepada Allah kesudahan segala urusan.

29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingati Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.

31:17. Wahai anakku, lakukanlah solat, dan suruhlah yang baik, dan laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa sahaja yang menimpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.


Sungguh gementar hatiku mendengar ayat2 Allah ini, Allah amat mengaharapkan hambanya yg bertakwa agar menyampaikan semua amanah ini..kuat dn tabahkanlah hatiku  ya Allah...
Mg setiap amalan kita adlah semata-mata kerana Allah...