Friday 6 May 2011

Buat Tetamu Blog

Assalamualaikum..salam mujahadah buat sahabat-sahabat yang baru menziarah blog ini, tiba-tiba terdetik dihati nak buat blog..kerana melihat ada sebahagian kepentingan dalam penulisan ini. Penat belum reda lagi, baru sahaja habis exam kelmarin, lepas saja exam terus kemas semua barang turun naik tanggalah nak keluarkan semua barang dari bilik,memang ujian sangat buat sorang2 ja angkat barang ,Alhamdullillah Allah anta seorang sahabat untuk tolong ana.Alhamdullillah Allah sentiasa bersama ana,walaupun sudah separuh masa ana menyiapkan semua persiapan barang..Rasa tak sedap hati ja,mungkin lepas ni ana nak pegi praktikal 2 bulan jauhnya tempat tu,tapi dalam Malaysia saja,he2..mungkin sebab duduk dalam hutan, di Taman Negara Pahang,dengan line yg tak da,susahlah nak berhubung dengan sape2, xpalah, lau nak jadi saitis terpaksalah tempuhi cabaran mcm ni..Macam manalah kat sana nanti,ramai orang yang bertanya bolehka ana masuk hutan, kenapalah semua orang tak yakin ana boleh masuk hutan,huhu..mungkin tidak sesuai dengan prwatakkan ana,kesian kat ana,apepun insyaallah ana boleh buat, bukan buat kerja berat pun..untuk kita lebih memahami alam bukanlah sesuatu yag sukar yg paling penting kita melihatnya dari segi tanggujawab kita kepada alam untuk kita lebih mensyukuri nikmat Allah..

Bila duduk dalam hutan ni kenalah selalu ingat,kena jaga kelakuan,bukan manusia saja yang ada makhluk lain pun ada..memang kena percaya benda2 mcm tu ade ,Cuma kita sebagai khalifah Allah kena tahu untuk membentengkan diri dengan selalu zikir kepada Allah,ingat Allah itu yg plng penting,kerana manusia diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk..jin kafir atau syaitan ini memang tujuan untuk menyesatkan manusia,dimana-mana pun ada bukan kat hutan saja,dirumah kita pun ada malah boleh mengalir dalam darah kita.Jadi selalulah mengubati hati kita supaya lebih bersih utk mendekati Allah.

Selalulah ,mendidik diri untuk dekat dengan Allah, ucaplah kalimah syukur kepada Allah penuhilah setiap saat untuk beristifar kepada Allah,kerana dosa hati adalah lebih buruk daripada kita meluahkan kepada org lain,jagalah hati kita moga tidak mudah melihat kesalahan dan kekurangan orng lain .mungkin semua orng pernah merasai bila kita dalam keadaan kesusahan terutama pelajar bila tiada wang cabaran utama adalah menahan lapar. Bila lapar tu Allah sajalah tau, perubahan dalam system badan kita akan berubah,badan akan rase lemah,sakit kepala.waktu tu kita akan merasakan bahawa nikmat kesenangan itu sgt penting,tapi kita masih juga kurang untuk menghargai nikmat Allah..tapi hebatnya Allah, mcmmana kita menahan lapar pun,badan kita masih mampu memberi tenaga, iaitu apabila ketone bodies didalam badan memberi tenaga kepada otak dan muscle kepada manusia,masuk biokimia ckitlah.:).

Panjang sudah bercerita,hanya ini saja mampu ditulis sebagai pengenalan blog ini, insyaallaah penulisan ini akan diteruskan jika Allah masih memberi waktu untuk ana.supaya kita dapat sama-sama memberi manfaat kepada orang lain..