Tuesday, 7 June 2011

kelembutan bukan kelemahan



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..sungguh Allah juga Maha Penyayang dan Maha lembut pada setiap hambanya..
Jadi janganlah memperlekehkan  sifat kelembutan pada diri seorang wanita..
Janganlah memperlekehkan atau merendah-rendahkan wanita yang lembut,jangan melihat wanita yang lembut itu tidak mampu membuat kerja dengan baik sepertimana kekuatan yang ada pada seorang lelaki..Kerana lelaki sendiri tidak tahu bahawa kekutan dari seorang wanita itu,  ada satu naluri yang lebih kuat malah lebih  hebat daripada lelaki..
Bolehka pakai tudung labuh masuk hutan?
Bolehka awak ni masuk hutan,tak takut pacat,?
Bolehka awak ni  naik Gunung Tahan?
Bolehka awak naik titian kanopi yang panjang dan tinggi tu?
Nape awak ni lembut sangat,tak sesuailah masuk hutan,suara pun halus?
Bila tibanya waktu untuk memahami alam pekerjaan beginilah keadaanya..hanya 2 bulan sahaja praktikal kat tempat tu..Moga Allah memberi  hambanya kesabaran dan keihlasan dalam beribadah..
“Perkara yang kita tidak suka tapi baik untuk hambanya”

Macam-macam  soalan dan pertanyaan yang nak dijawab, sampaikan tak tau nak jawab macammana..manusia memang sering menilai dari luaran hingga mengangap sifat luaran itu satu kelemahan..Betul kata Allah bahawa manusia itu sering berasa sombong dan tidak bersyukur.. ini ujian Allah bagi setiap hambanya...kritikan dan cemuhan itu menjadi satu kekuatan bahawa Allah itu lebih hebat dan hanya kepadaNya setiap hambanya menjadi lebih kuat dari apa yang disangkakan manusia..

Kerana sifat lembut  seorang wanita ,hamba Allah ini mampu mendaki Gunung Tahan setinggi 2187km
Kerana sifat lembut  seorang wanita ,hamba Allah ini mampu berjalan di titian kanopi yang tinggi dan terpanjang di dunia
Kerana sifat lembut  seorang wanita ,hamba Allah ini mampu masuk hutan dalam

Kerana kelembutan itu bukan satu kelemahan wanita..tapi yang perlu masih dijaga adalah batasan syariat,walau masuk hutan , kita msaih menutup aurat,masih bertudung labuh,masih berbaju labuh , jaga pergaulan .itulah kekuatan  wanita solehah..
Memakai tudung labuh dan baju labuh dalam hutan hamba Allah ini,  tidak pernah merasa ia menyusahkan,panas dan rimas kerana insan yang memahami akan merasakan ia satu kesejukkan dalam dan luaran hati.bila kita merasa Allah itu dekat dan hanya kepadaNya tempat bergantung kita akan merasakan kekuatan dan tidak merasakan kesusahan ,itulah nikmat dan hadiah  Yang Allah beri kepada setiap  HambaNya yang yakin dan ikhlas beribadah kepadaNya..

Yakinlah Bahawa Allah itu selalu ada menolong kita,selalu ada mendengarkan kita..selalu ada ketika kita susah..kerana kepadaNya tempat berlindung dan memohon pertolongan.

Imam Syafie kitabnya Ayyuhal Walad berkenaan murka Allah terhadap hambanya

“ Wahai hambaku! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan manusia terhadap dirimu,tapi tidak pernah engkau peduli akan tempat pandanganKu walaupun satu saat”
Begitulah betapa Allah murka kepada hambanya yang lupa kepadanNya,membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan Allah itu satu dosa kerana melebihkan pandangan manusia daripada pandangan Allah,,

Waaallhualam ...





0 comments:

Post a Comment